RSS

Apa erti homestay

Homestay merupakan bentuk pelancongan dan / atau program pengajian di luarnegeri yang membolehkan pengunjung untuk menyewa bilik dari sebuah keluarga tempatan untuk lebih mempelajari gaya hidup tempatan serta meningkatkan kemampuan bahasa mereka . Beberapa negara menggalakkan homestay sebagai alat untuk membangunkan industri pelancongan mereka . Hosting peserta homestay juga membolehkan keluarga tempatan untuk memperolehi pendapatan, tambahan yang diperlukan.


Jenis rumah keluarga / homestay

Senario Homestay boleh berkisar dari pengalaman keluarga benar-benar mendalam,dengan sewa bilik yang sangat asas.

1)Pelajar hanya boleh menyewa bilik dalam rumah peribadi dengan pengawasan minimum dari suatu host atau keluarga mereka juga dijemput untuk menyertai dalam perayaan Holiday (Hari raya, Natal, dll) dan acara keluarga (perkahwinan, ulang tahun, dll)
Selain itu, ada perjanjian homestay kerja di mana pelajar diharapkan untuk melakukan tugas seperti pekerjaan laman, kerja pertanian, menjaga anak,perkhidmatan pembantu - biasanya dalam pertukaran untuk bayaran penginapanatau sebagai sebahagian daripada.
Homestay boleh menjadi pengalaman yang sangat bermanfaat dan meninggalkan anda dengan kenangan yang akan anda hargai.
2)Pelancong yang tujuanya bercuti dengan rumah-rumah besar mengajak para pelancong untuk tinggal di rumah mereka sebagai tetamu mereka selama perjalanan mereka. Apa pelancong boleh berharap di homestay adalah tempat tinggal sederhana yang selesa, makanan buatan sendiri (pasti cara terbaik untuk mengalami masakan tempatan), budaya tempatan (tidak seperti penginapan hotel khas) serta mempunyai privasi anda juga.



Dipetik dari wikipedia.


Ini lah maksud homestay yang sebenar.Mungkin orang banyak salah faham kerana sekarang kebanyakkan homestay dah diperbaharui serta dimodenkan mengikut kemampuan pemilik.Kalau ada modal lebih kita bolehlah menyediakan tempat yang lebih selesa ,tapi kalau nak lebih selesa pergilah resort yang tahap 5 bintang.Bagi yang nak merasa cara kehidupan dikampung seperti mengangkat air perigi,memanjat pokok kelapa,mengutip tahi lembu,mandi laut tidak kira waktu..tidur berlapikkan tikar beratapkan bintang inilah tempatnya..bukan makan perlu dihidang di panggil..tidak campur orang dll...Bukan apa tujuan saya menulis di hari ini ialah untuk memperjelaskan lagi konsep Sibu Santai supaya tidak ada salah paham serta terjebak dalam keadaan yang amat memalukan semua pihak.Jadi sebelum datang ke Sibu Santai,bacalah dahulu ,buat research.Lain tempat lain caranya.Takkan nak samakan kami dgn tempat yang bertaraf antarabangsa.

Apa2pun cadangan amatlah dialu2kan demi membangkitkan tempat ini.Tapi cadangan yang membinalah bukan menghina...

Wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers

Powered by Blogger.